Forum SMKDLP
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tips menangani anak [sharing email]

Go down

Tips menangani anak [sharing email] Empty Tips menangani anak [sharing email]

Post by enFlip Fri Aug 07, 2009 6:52 pm

Tips:

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak
anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama
panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian
menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai
kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)


3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri
apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun
sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang
dilakukannya) .

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka
hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan
mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara
termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan
keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan
anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak
akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak
merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat
anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda
untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran
untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk
menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut
harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun
harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar
menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang
menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada
kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita
mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah,
peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan
mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran
mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri
mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga
dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan
anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka
walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum
berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman
selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang
sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih
penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi
kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun
dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula
yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.
Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka
sendiri
enFlip
enFlip
Admin

Posts : 20
Join date : 12/06/2009
Age : 39
Location : hidden ip

http://blog.flip2darkslide.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum