Burung Cenderawasih - mitos atau realiti

View previous topic View next topic Go down

Burung Cenderawasih - mitos atau realiti

Post by enFlip on Tue Aug 11, 2009 1:56 pm



KUALA LUMPUR: Hanya kerana taksub terhadap kepercayaan tahyul burung cenderawasih mampu menarik kekayaan serta membawa tuah�, ada golongan kenamaan dan kerabat diraja sanggup menawarkan RM1 juta bagi mendapat seekor burung itu yang diseludup masuk dari Irian Jaya, Indonesia.

Malah lebih pelik apabila helaian bulu burung itu yang direndam dalam minyak masak sebelum dibotolkan turut boleh dijual menjangkau harga RM5,000 sebotol.

Keghairahan luar biasa ini menyebabkan ada peniaga ubat-ubatan tradisional sanggup menipu dengan meletakkan bulu ayam atau burung spesies lain sebelum dijual kepada orang ramai yang taksub terhadap keramat� burung berkenaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Celescoriano Razond, berkata kegilaan terhadap perkara mistik yang terdapat pada burung cenderawasih itu menyebabkan pemburu haram di negara jiran berlumba-lumba menyeludup masuk bangkai burung spesis ini ke Malaysia kerana menyedari terdapat permintaan tinggi di negara ini.

Anehnya penduduk dan rakyat di Indonesia sendiri tidak mengendahkan kewujudan burung berkenaan yang diyakini ramai penduduk negara ini berkesan sebagai 憄elaris� diri dan perniagaan selain turut diyakini boleh menjadi minyak pengasih.

Menurutnya, hal ini terjadi berikutan ramai pengamal perubatan tradisional dan individu yang berpegang kuat pada amalan mistik yakin bahawa burung ini hanya makan embun syurga malah ia didakwa mengeluarkan wangian yang sukar digambarkan.

akibatnya setiap inci badan burung ini termasuk isi perut dan bulunya mempunyai khasiat misteri dan kebanyakannya digunakan untuk perubatan, paling dicari adalah bulu cenderawasih yang yang dianggap pelaris paling besar.

bagaimanapun, menyeludup dan memiliki burung cenderawasih adalah satu kesalahan dan boleh didakwa mengikut Seksyen 68, Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (pindaan 1988) yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,� katanya.

Menurutnya, terbaru, pegawai Perhilitan sebelum ini pernah memberkas dua lelaki Indonesia berusia 30-an yang didapati menyeludup masuk lebih lima ekor burung cenderawasih ke negara ini.

mereka tidak sekadar cuba menjual burung cenderawasih yang awet itu malah turut menawarkan minyak berisi bulu burung cenderawasih yang didakwa boleh dijadikan minyak pengasih. Ini terbukti apabila kami menemui kotak kayu berisi berpuluh botol kecil yang didakwa minyak sakti burung cenderawasih

pegawai Perhilitan turut merampas satu kitab mengenai hikmat dan keajaiban doa burung cenderawasih dan pelbagai buku lain yang menceritakan kehebatan burung cenderawasih ini,� katanya.

Menurutnya, berdasarkan kitab yang ditemui itu, bulu burung cenderawasih didakwa boleh bertukar menjadi batu permata sekiranya jatuh ke bumi.

manakala isi perutnya dicampur dengan minyak kepala hijau dijadikan ubat pelbagai penyakit. Ia turut boleh digunakan untuk mengeratkan hubungan suami isteri dalam memperoleh kebahagiaan rumah tangga.

bulu burung ini pula jika dipakai di kepala atau dijadikan tangkal boleh dijadikan ubat pengasih, pelaris atau penunduk,� katanya.

Namun katanya, apa yang menyebabkan burung cenderawasih digilai golongan kenamaan adalah kerana kepercayaan ia boleh mendatangkan tuah segunung emas� selain memberi kekuasaan jika disimpan di rumah.

Bagaimanapun menurutnya, kepercayaan itu tidak berasas dan fakta disampaikan nyata tidak benar kerana cenderawasih sememangnya wujud sebagai spesies burung biasa di bumi dan bukannya berasal dari syurga seperti diwar-warkan.

Difahamkan terdapat 43 jenis spesies cenderawasih yang dibezakan daripada beberapa ciri seperti warna bulu dan saiznya. Kebanyakan burung jenis ini berhabitat di kawasan hutan tropika dan banyak ditemui di Australia Timur, Irian Jaya, Papua New Guinea dan Kepulauan Maluku.

Malah menurutnya, Taman Burung Kuala Lumpur sendiri memiliki tiga cenderawasih berjenis Paradisea Apoda yang masih hidup untuk dipamerkan untuk tontonan pengunjung, sejak lima tahun lalu.

yang pasti burung ini lebih gemar berada di atas pokok menyebabkan dia dianggap sebagai burung keramat dari syurga dengan cerita palsu kononnya burung ini tidak pernah memijak tanah.

cenderawasih hidup dan mati seperti burung biasa. Mungkin cenderawasih yang dijual kononnya sebagai objek misteri tidak reput kerana ia sudah diawetkan terlebih dahulu,� katanya.

Menurutnya, orang ramai yang menjual atau menyimpan burung cenderawasih terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana memiliki burung liar yang dilindungi mengikut Akta Hidupan Liar.

PS: dikatakan burung ni x pernah menjejak tanah dan hanya mencari makanan yg terbang di udara. Harganya pun mahal. Dikatakan juga, boleh mengubati pelbagai penyakit buatan orang (ilmu hitam)

enFlip
Admin

Posts: 20
Join date: 11/06/2009
Age: 30
Location: hidden ip

http://blog.flip2darkslide.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum