Pornografi dalam Internet perlu dibuang - Dr. Mahathir
2 posters
Page 1 of 1
Pornografi dalam Internet perlu dibuang - Dr. Mahathir
PUTRAJAYA 8 Ogos - Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) berkata, beliau tidak fikir kerajaan akan menapis kandungan Internet dan percaya dasar itu akan terus dikekalkan.
Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun berkata, sekiranya terdapat pengendali dan pengunjung laman web memasukkan unsur-unsur yang tidak baik seperti pornografi, kerajaan perlu bertindak membuang perkara itu.
"Saya tidak fikir akan diadakan tapisan Internet dan kerajaan pun sudah mengatakan tidak akan melakukannya.
"Malah ulasan dan komen yang telah saya beri (disiarkan dalam Internet), kerajaan tidak buang pun," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak pameran Festival Bunga dan Taman (Floria) Putrajaya 2009 di Presint 2 di sini hari ini.
Hadir sama Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman.
Dr. Mahathir mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Jumaat lalu yang mengesahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan badan yang berkaitan diminta meneliti pelaksanaan sistem tapisan kandungan Internet.
Kata Rais, sistem tapisan kandungan Internet itu akan membantu mengurangkan pendedahan kandungan pornografi ke atas golongan kanak-kanak di negara ini.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menegaskan, Malaysia tetap kekal dengan dasar tidak mengadakan sekatan ke atas kandungan Internet di negara ini.
Isu tersebut timbul ekoran laporan agensi berita antarabangsa, AFP memetik sumber pegawai kanan kerajaan dalam Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengesahkan bahawa kerajaan menimbang mengadakan kawalan sekali gus membatalkan jaminan yang dibuat pada 1996 untuk tidak mengadakan sekatan Internet.
Sementara itu, Dr. Mahathir menganggap penganjuran Floria kali ini adalah lebih baik berbanding dua tahun lalu.
"Banyak perubahan dan peningkatan berbanding Floria sebelum ini. Saya ucapkan tahniah kepada penganjur," katanya.
Sebelum itu, beliau meluangkan masa kira-kira dua jam melawat tapak festival tersebut dan menikmati keindahan lebih 400,000 jenis bunga yang dipamerkan di situ.

mahsih- Admin
- Posts : 63
Join date : 12/06/2009
Age : 39
Location : Unknown
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum